Tuesday, August 14, 2007

PUTUS KAWAN

Apa sudah jadi dengan hubungan akrab dua sahabat karib akak, Erra Fazira dan Umie Aida? Dulu sewaktu baik mereka macam belangkas sampaikan ada orang kata mereka ini pasangan lesbian.

Entahlah! Masa dia orang tengah baik, akak makan hati juga sebab akak terus dipinggirkan. Kalau keluar pergi mana-mana pun dah tak ajak akak. Tapi akak dapat cerita dari teman-teman waktu itu sebenarnya Erra sedang hangat bercinta dengan Hans Isaac, dan dalam waktu sama dia taknak orang lain tahu dan Umielah yang menjadi penemannya.

Mereka tak nak akak tahu sebab takut nanti akak 'caras'. Maklumlah akakkan lebih cantik dari dia orang. Dalam waktu sama pulak akak lebih popular, mestilah dia orang takut. Takut nanti Hans jatuh cinta dengan akak pulak. Kengkawan ini perangai macam-macam. Kekadang depan kita baik tapi belakang cakap lain. Alah kalau setakat Hans Isaac akak tak kempunanlah sebab skandal akak lagi hebat.

Akak sendiri tidaklah kisah sangat bila Erra dan Umie berbaik sebab agak gembira tengok kengkawan akak ni sama-sama gembira dan berkongsi bahagia. Tapi sekarang ini lain pula ceritanya.

Terbaru selepas Erra putus cinta dengan Hans, dengar cerita Umie sudah tidak lagi berbaik dengan Erra. Adalah orang yang rapat dengan kedua sahabat karib akak ini bagi tahu kononnya Umie kecewa dengan sikap Erra yang membelakangkan dirinya apabila mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Engku Imran dan tinggalkan Hans begitu saja.

Akak memang tahu Umie dan Hans memang sudah bersahabat baik sejak dulu dan Umie juga katanya yang menemukan jodoh antara Erra dan Hans. Tapi sejauh mana pula kebenarannya tidak akak ketahui kerana masing-masing tak nak bercerita dengan akak.

Apapun pada akak orang tidaklah boleh terus-terusan marah dengan Erra kerana sebagai wanita dia berhak untuk memilih mana yang terbaik untuk dirinya. Buat Hans pula yang sudah tu biarlah ia berlalu. Hidup harus diteruskan. Cuma pesan akak pada Umie, sudah-sudahlah berkecil hati dengan Erra, tak kan perkara macam ini sanggup nak putus kawan. Nanti di kemudian hati kelak siapa yang rugi? Bukankah awak dan Erra dah ibarat kawan ketawa dan menangis?

No comments: