DIVA ATAU BIG STAR!!!
Bosan mengadap insan-insan hipokrit dalam dunia seni. Ada yang suka berangan dan pos cantik. Tak kurang jugak ada yang 'blur' dan bebal. Bak kata orang putih 'dumb blonde'.
Bila dapat show menyanyi dengan insan-insan hipokrit ni rasa macam nak runtuh langit. Suara dahlah tak sedap tapi ada hati nak salahkan mikropon. Tolonglah!!! Ada yang berani mati salahkan pengarah muzik macam Ramli MS.
Kononnya, Ramli tak cukup bagus sampai muzik kedengaran hambar. Sebab itu mereka tak ada mood nak menyanyi. Bukan suara tak bagus tapi muzik macam hampas. Ayo! Berani gila dia orang ni cakap macam tu.
Inilah hasilnya kalau setakat belajar vokal dengan Puan Siti Hajar setakat tiga bulan je tetapi populariti mengalah Beyonce. Dah tu tak makan dek ajar walaupun dah berbuih mulut ditegur. Letih!!!
Lainlah akak memang wartawan selalu puji kalau buat show. Kata mereka akaklah penghibur hebat, suara lunak bagaikan buluh perindu. Tapi janganlah bandingkan akak dengan dia orang tu, sebab akak belajar nyanyi bertahun-tahun lamanya. Masa kecik akak macam Datuk Siti Nurhaliza jugak, selalu jerit dekat flat Jalan Pekeliling, jual kuih. Jadi secara tidak langsung vokal sudah terlatih. Hebat tak akak?
Itu belum lagi kalau terpaksa mengadap mereka di lokasi penggambaran drama atau filem. Bayangkan call time 8 pagi, dia datang pukul lapan malam. Tak sekolah agaknya dia orang ni, tak reti baca jarum jam.
Dah tu datang macam star terus komplen itu dan ini. Akak rasa macam nak ambik je kuah kari dekat meja bufet untuk krew tu simbah kat muka dia. Tapi akak profesional, apabila dekat dalam lokasi akak bagi cukup-cukup. Tambah-tambah kalau dapat babak gaduh dan tarik rambut. Memang itulah masa yang akak tunggu. Bila dia tuduh akak sengaja menganiaya dia, akak katalah yang akak hanya ikut skrip. Lagipun pengarah pun suruh akak buat macam tu. Akak hanya ikut arahan. Sorry.
Yang kelakarnya bila datang lokasi lambat macam-macam alasan dia bagi, tapi rupa-rupanya keluar surat khabar kena tahan sebab cucuk langit sampai pagi. Itu tak apa lagi, bila keluar cerita kasutkan muka orang siapa nak jawab.
Ayo! Tolonglah akak. Bilalah mereka ni nak hidup matang. Gamaknya mereka ni rasa nak bawak title glamour dan populariti dalam kubur. Malas dan tak kuasa!!!
Itu belum lagi kalau mereka yang berstatus diva atau 'big star'. Kalau pergi majlis besar jalan dekat 'carpet merah' asyik mendongak langit memanjang. Ibaratnya peminat yang datang menyapa mereka macam nak kena mengadap raja atau tuan puteri mencemar duli.
Tapi diva ke atau big star ke status dia orang ni, mereka ni tetap manusia biasa. Perangai kekadang okey dan kekadang mood swing. Macam akak jugaklah.
Tapi akak kategori lain ya. Walaupun lebih popular dari Siti Nurhaliza dan Mawi tapi akak tetap ikut resmi padi. Kalau jumpa peminat pasti akak akan berhenti tegur. Kalau terlebih rajin akak akan bersalaman dan berlaga pipi (tapi dengan muhrim saja tau!!!)
Nama pun manusia, hidup yang kita tempuh setiap hari tidak sentiasa tenang. Ada hari terasa seperti langit cerah bila dipancar terik matahari, tetapi bila tiba petang hari terasa mendung, membuak rasa dada awam mahu mencurahkan apa yang terbuku di dalam. Untung nasib sekadar gerimis tapi ada ketika sebelum hujan menderu, datang ribut dan puting beliung. (okey tak bahasa bombastik akak?)
Sebenarnya hidup manusia semuanya sama tidak kira kedudukan atau status. Begitu juga dengan insan-insan bergelar selebriti atau artis popular. Nampak saja glamour di luar tetapi dalam bergolak bagai pusar ombak di tengah laut. Apapun banyak cerita sebenarnya boleh dikongsi dengan mereka yang bergelar 'insan-insan' seni.

No comments:
Post a Comment