Tuesday, August 21, 2007

KISAH FASHA & PIERRE

Kekadang akak bosan apabila pergi lokasi ada artis muda yang baru nak naik ni suka buat perangai. Mujur dia orang ni hanya pelakon pembantu. Kalau jadi pelakon utama, tak tahulah akak macam mana lagaknya. Ada jugak cerita dari kengkawan akak mengenai perangai tidak elok beberapa pelakon muda dan popular yang selalu buat masalah apabila berada di lokasi penggambaran.

Soal disiplin tak payah ceritalah, bila orang kata call time 12 tengahari, dia datang pukul 8 malam. Pulak tu bila datang set, buat perangai itu tak kena, ini tak kena. Kekadang, pasal make-up pun boleh jadi isu besar dan lebih teruk ada yang sanggup tinggalkan lokasi hanya semata-mata make-up artis letak warna lipstick yang diaorang tidak suka.

Aiyo! Sah sahlah make-up artis kerja ikut kehendak pengarah dan skrip. Kalau watak jadi mayat, kenalah letak warna pucat dekat bibir. Takkanlah dah jadi mayat nak letak lipstick warna merah menyala. Tentulah tak masuk akal dan lari konti. Lainlah kalau dalam cerita diaorang berlakon mati dimasukkan dalam keranda dan ditanam dekat jerat Cina.

Itulah dia kalau yang jadi pelakon itu pendidikkan dia setakat PMR. Nasib baik muka cantik. Adalah sedikit harapan. Untung nasib jadi pelakon. Itupun belum tahu lagi. Entah entah dapat peluang sebab sanggup serah *tuut*. Astafirullahalazim!

Macam mana pun ada jugak artis muda dan popular ini yang akak nampak very komited dengan kerja. Antara akak nampak Fasha Sandha yang sekarang ini makin meletup letup. Sampaikan filem yang dia buat berlawan lawanlah dengan akak punya banyaknya dalam setahun. Apapun, akak hanya kejar filem atau watak yang festival material macam filem yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad. Setakat cerita komedi dan gelak ketawa it's not my cup of tea.

Oh ya! Bercerita tentang Fasha, baru baru ini kengkawan akak beritahu yang dia sudah tiada apa apa hubungan lagi dengan anak Khatijah Tan, Pierre Andre. Sebelum ini sewaktu Fasha berlakon bersama Pierre dalam filem 9 September khabarnya mereka bukan main sakan bercinta sampaikan dibawak ke luar lokasi. Tapi masa tu akak baca dalam akhbar atau majalah Fasha tidak pernah mengaku dia bercinta dengan Pierre. Tapi satu pihak lagi memang kata Pierre suka dan cintakan Fasha. Hai! Mana satu yang betul ni?

Tapi ada kawan akak beritahu mereka sudah lagi tidak berhubungan selepas masing masing dapat tahu yang mereka sudah tidak ada keserasian. Fasha pula sebelum ini pernah meluahkan kepada kawan rapatnya dia tidak boleh menerima Pierre kerana merasakan anak keturunan KaK Tijah itu terlalu kebudak-budakan dan tak matang. Tolonglah!

Satu lagi pihak yang rapat dengan Pierre pula cakap dengan kawan akak yang pengarah muda itu tidak boleh tahan lagi dengan sikap Fasha yang masih lagi bertemu dengan lelaki lain walaupun dalam waktu sama menjalinkan hubungan dengannya. Aiyooo!

Macam mana ni? Mana satu sebab yang akak boleh percaya tentang hubungan dua artis ini? Eh! Tak apa ke akak cerita pasal benda ni? Takut karang tak pasal pasal dua orang artis muda ini bergaduh kerana akak. Kalau iya, matilah akak! Harap harap tidaklah ya.

2 comments:

Anonymous said...

belakon mayat tapi bibir merah menyala..lain la jadi mayat tanam kat jirat Cina..LOL...kelakar yang amat !

Anonymous said...

akak...blog kau memang kelas..aku sukeee...