Monday, August 13, 2007

DESIGNER CARUT NANA

Hendak kata bodoh tapi belajar tinggi. Bila sebut fasal fesyen kononnya dia tahu segala. Tapi bila buat baju macam hampas. Itulah yang akak malas nak kerja dengan pereka fesyen baru nak naik. Nama orang belum kenal tapi lagaknya macam hebat sangat, setaraf Rizalman atau Saiful Baharim.

Bila akak tegur rekaan dia orang tak cantik, kata mereka akak berlagak diva. Tapi hendak buat macam mana akak memang Diva. Akak memang cerewet sebab akak nak yang terbaik. Cuma kekadang akak kesian dengan pereka fesyen baru ni sebab mereka perlu orang macam akak untuk menaikkan nama mereka. Jadi bila dah diberi peluang buatlah betul-betul.

Vivien Westwood atau Alexander McQueen selalu tegur akak. Katanya jangan rosakkan imej semata-mata mahu tolong orang sebab akak taraf superstar. Akak akui kata mereka tetapi siapa lagi yang nak tolong orang Melayu kalau bukan anak Melayu sendiri.

Sebut pasal pereka fesyen muda yang berangan ni akak teringat akan keluhan Nana. Alah! Nana mana lagi kalau bukan penyampai radio Era tu dan sekarang sudah jadi pengacara dekat TV9 pulak. Baru-baru ini sewaktu dia datang jumpa akak Nana sempat mengadu perihal seorang pereka baru yang kononnya mengakui dirinya hebat dan baru balik dari London.

Nana tidak kenal pereka fesyen ni tetapi dia bekerja dengannya sebab menjayakan satu sesi fotografi yang diaturkan sebuah majalah berkonsep kewanitaan. Nana sendiri hairan manalah wartawan majalah ini dapat pereka muda ni. Kata Nana sepanjang sesi fotografi dijalankan dia rimas sangat sebab pereka muda ini asyik mengarah itu dan ini. Sampaikan jurusolek Nana pun dia berani tegur.

Itu belum lagi bila masuk dalam set fotografi, kata Nana baju yang direka sudahlah buruk dan kurang sesuai, sampaikan masa jurusolek Nana zipkan baju ia tercabut. Alih-alih dia carutkan Nana dan katanya badan Nana besar. Hello akak tahu saiz badan adik akak ya! paling besar dia pernah cecah pun saiz empat. Tidak pernah lebih daripada itu. Sah-Sah dada dan pinggang Nana saiz model. Tapi tidak cukup dengan itu apabila sesi fotografi dijalankan dia sibuk mengajar Nana macam mana nak posing. Macamlah budak tu baru sehari dua jadi artis. Bila ada pose yang dia tunjukkan, Nana kata kurang sesuai dengan baju dipakai. Alih-alih dia carut Nana lagi sambil menyindir dan bertanya: "Awak bukan model, kan?" Astafirullahalazim! Bisanya mulut.

Kak temah tu pun apa lagi berasap telinga sampaikan rasa tak ada mood nak ambik gambar. Wartawan yang menguruskan sesi fotografi itu pun jadi serba-salah dibuatnya sampaikan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Nana kata mujur dia dapat bersabar kerana hormatkan pihak majalah yang menjemputnya kalau tidak sudah lama dia carutkan balik pereka muda ni. Kata Nana lagi sudahlah badan sebesar tong, muka pulak kalau tengok 'bisa' pandangan mata. Kreativiti langsung tak ada tetapi berangan tak ingat dunia.

Bila bercerita dengan Nana hal pereka muda ini, kami teringat pulak dengan cerita kawan akak yang kononnya ada hati nak rampas takhta diva akak. Siapa lagi kalau bukan Ning Baizura yang sekarang ini tengah bahagia sangat-sangat sebab dapat tunang Mat Salleh. Agak-agak apa jadi hubungan dinginnya dengan Hatta Dolmat. Masih lagi dingin ke? Tapi ada kengkawan wartawan bercerita pada akak mereka dah kembali berdamai. Hatta katanya telefon sendiri Ning untuk minta maaf dan mengakui kesilapannya. Eh! Betul ke cerita ni Vernon Kedit?

No comments: