Tuesday, August 21, 2007

KISAH FASHA & PIERRE

Kekadang akak bosan apabila pergi lokasi ada artis muda yang baru nak naik ni suka buat perangai. Mujur dia orang ni hanya pelakon pembantu. Kalau jadi pelakon utama, tak tahulah akak macam mana lagaknya. Ada jugak cerita dari kengkawan akak mengenai perangai tidak elok beberapa pelakon muda dan popular yang selalu buat masalah apabila berada di lokasi penggambaran.

Soal disiplin tak payah ceritalah, bila orang kata call time 12 tengahari, dia datang pukul 8 malam. Pulak tu bila datang set, buat perangai itu tak kena, ini tak kena. Kekadang, pasal make-up pun boleh jadi isu besar dan lebih teruk ada yang sanggup tinggalkan lokasi hanya semata-mata make-up artis letak warna lipstick yang diaorang tidak suka.

Aiyo! Sah sahlah make-up artis kerja ikut kehendak pengarah dan skrip. Kalau watak jadi mayat, kenalah letak warna pucat dekat bibir. Takkanlah dah jadi mayat nak letak lipstick warna merah menyala. Tentulah tak masuk akal dan lari konti. Lainlah kalau dalam cerita diaorang berlakon mati dimasukkan dalam keranda dan ditanam dekat jerat Cina.

Itulah dia kalau yang jadi pelakon itu pendidikkan dia setakat PMR. Nasib baik muka cantik. Adalah sedikit harapan. Untung nasib jadi pelakon. Itupun belum tahu lagi. Entah entah dapat peluang sebab sanggup serah *tuut*. Astafirullahalazim!

Macam mana pun ada jugak artis muda dan popular ini yang akak nampak very komited dengan kerja. Antara akak nampak Fasha Sandha yang sekarang ini makin meletup letup. Sampaikan filem yang dia buat berlawan lawanlah dengan akak punya banyaknya dalam setahun. Apapun, akak hanya kejar filem atau watak yang festival material macam filem yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad. Setakat cerita komedi dan gelak ketawa it's not my cup of tea.

Oh ya! Bercerita tentang Fasha, baru baru ini kengkawan akak beritahu yang dia sudah tiada apa apa hubungan lagi dengan anak Khatijah Tan, Pierre Andre. Sebelum ini sewaktu Fasha berlakon bersama Pierre dalam filem 9 September khabarnya mereka bukan main sakan bercinta sampaikan dibawak ke luar lokasi. Tapi masa tu akak baca dalam akhbar atau majalah Fasha tidak pernah mengaku dia bercinta dengan Pierre. Tapi satu pihak lagi memang kata Pierre suka dan cintakan Fasha. Hai! Mana satu yang betul ni?

Tapi ada kawan akak beritahu mereka sudah lagi tidak berhubungan selepas masing masing dapat tahu yang mereka sudah tidak ada keserasian. Fasha pula sebelum ini pernah meluahkan kepada kawan rapatnya dia tidak boleh menerima Pierre kerana merasakan anak keturunan KaK Tijah itu terlalu kebudak-budakan dan tak matang. Tolonglah!

Satu lagi pihak yang rapat dengan Pierre pula cakap dengan kawan akak yang pengarah muda itu tidak boleh tahan lagi dengan sikap Fasha yang masih lagi bertemu dengan lelaki lain walaupun dalam waktu sama menjalinkan hubungan dengannya. Aiyooo!

Macam mana ni? Mana satu sebab yang akak boleh percaya tentang hubungan dua artis ini? Eh! Tak apa ke akak cerita pasal benda ni? Takut karang tak pasal pasal dua orang artis muda ini bergaduh kerana akak. Kalau iya, matilah akak! Harap harap tidaklah ya.

Friday, August 17, 2007

ARTIS POPULAR MACAM PARASIT

Amboi Loretta cekapnya bergosip, pantang baca blog akak ada aje cerita yang boleh dipanjangkan. Cerita ni mesti dia dapat dari Bibiana. Maklumlah si Bibianakan banyak kawan dan kadang-kadang dialah tempat kami berdua dapat cerita-cerita hangat mengenai kengkawan artis akak.

Kata Loretta, selepas dia terbaca blog akak mengenai Kak Yan semalam dia teringat satu kisah yang diceritakan kawan Si Bibiana mengenai bertapa hipokritnya seorang artis muda lagi cantik ni yang cuba mendapatkan perhatian umum dan berlakon baik.

Kata Loretta baru-baru ini sewaktu Bibiana temankan kawannya juga seorang pelakon menghadiri majlis Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang, dia nampak satu insiden di mana seorang artis muda yang kononnya bakal mengambil tempat akak sebagai primadona filem alaf 20 ini, datang pada Kak Yan dan bertanya khabar.

Apa yang menghairankan si Bibiana ini dia datang menegur Kak Yan apabila nampak jurugambar akhbar dan majalah sedang sibuk mengambil gambar Kak Yan yang sedang berkerusi roda melalui carpet merah di majlis pelancaran festival.

Si Bibiana yang memang kuat menyibuk ini pun datanglah tengok apa yang sedang pelakon muda itu buat. Rupa-rupanya selain bertanya khabar pelakon muda ini turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Kak Yan sewaktu berada di hospital. Mendengarkan dialog antara Kak Yan dan artis muda ini Bibiana rasa nak muntah kerana dia begitu hipokrit.

Minta maaf kononnya tidak sempat melawat Kak Yan di hospital, tapi sebelum ini sewaktu orang tengah kecoh bercerita mengenai Kak Yan akan menjalani pembedahan di hospital dia tidak pula sibuk nak datang melawat Kak Yan di rumah atau menghubungi dan bertanya khabar.

Lebih memalukan ada juga yang berkata Kak Yan sebenarnya tahu niat tidak ikhlas artis muda itu yang sebenarnya mahu menumpang lamelight Kak Yan yang waktu itu sedang menjadi perhatian umum mahupun pihak media.

Sebagai sindiran, sewaktu dia datang Kak Yan sempat menyindirnya dengan menyuruh pelakon muda itu agar mengalihkan pandangannya kepada jurugambar yang sedang sibuk mengambil gambar.

Kelakarnya dan memalukan apabila akak dengar cerita disampaikan Loretta. Tapi ia memang bukan sesuatu yang menghairankan kerana akak sendiri kenal sangat dengan pelakon muda ini yang pandai berlakon luar dan dalam filem.

Kalau orang kata Kak Yan sebenarnya berlakon untuk meraih simpati tetapi artis muda ini lebih hebat. Tetapi sebab popular dan sedang diminati orang, apa saja yang artis muda ini buat orang tidak pernah pun mengata.

Inilah dia dunia hipokrasi artis yang akak ceritakan ini sewaktu mula-mula akak meluahkan isi hati dalam blog ini. Walaupun akak juga artis popular dan disegani tetapi akak tetap ikhlas dengan apa yang akak lakukan, bukan seperti artis muda terbabit. Akak rasa terhina dan sikapnya cukup memalukan kerana cuba meraih publisiti dengan cara cukup memualkan.

Itu sebabnya sebelum ini ramai artis baru yang hendak menapak dalam industri hiburan ini banyak mengata belakang akak. Mereka kata akak sombong, tapi sebenarnya bukan akak sombong tetapi akak tidak mahu mereka mempergunakan akak seperti mana artis muda itu lakukan kepada Kak Yan hanya semata-mata mahu mencari publisiti.

Ah! Lagipun persetankan dengan mereka. Pada akak mereka ini parasit. Bakat tidak ke mana tetapi publisiti aje yang lebih.

Thursday, August 16, 2007

SEMANGAT AZEAN IRDAWATY

Dalam hidup manusia kena beringat. Itulah pesan bonda pada akak apabila pertama menerima bayaran mengadakan pertunjukkan makan malam lima tahun lalu. Bayaran sebagai artis baru waktu itu tidak besar mana, setakat RM35,000 aja.

Akak ketepikan separuh daripadanya untuk membiayai kerjaya akak dan separuh lagi akak simpan sekiranya berlaku kecemasan, macam untuk rawatan hospital atau membantu ahli keluarga sekiranya mereka berada dalam kesusahan. Biasalah hidup ini kita tidak tahu apa akan berlaku akan datang.

Macam juga cerita sedih yang berlaku kepada primadona filem Melayu, Azean Irdawaty. Akak simpati dengan Kak Yan, tetapi dalam waktu sama akak puji dengan semangatnya dalam melawan penyakit barah payu dara yang dideritai.

Dalam hal ini kita tidak tahu apa perancangan Tuhan kepada hambanya. Mungkin ini adalah dugaan yang diberi Tuhan kepada Kak Yan dan keluarga. Apapun ingin akak pesan pada Kak Yan dan kita semua bahawa setiap dugaan yang berlaku itu pasti ada rahmatnya.

Pada waktu sama akak bangga apabila ada antara rakan-rakan artis akak menunjukkan keprihatinan mereka dengan memberikan sumbangan dan derma bagi membolehkan Kak Yan menjalani rawatan kimoterapi yang terpaksa dilalui bagi membolehkan penyakit yang dideritai itu.

Tidak kurang juga ada yang menganjurkan pelbagai aktiviti dengan tujuan untuk mengutip derma. Setakat ini atas sumbangan diberikan itu membolehkan Kak Yan terus mendapat rawatan sekali gus membantu keluarganya. Lagipun sebelum ini Kak Yan memang menjadi punca utama pendapatan untuk menampung keperluan keluarga seharian.

Kerana harus menjalani rawatan pemulihan Kak Yan sendiri tidak boleh bekerja selama lapan bulan dan dalam waktu sama dia harus menyediakan sekurang-kurangnya RM80,000 untuk menampung kos rawatan terbaik bagi mengubati penyakit barah.

Bagaimanapun baru-baru ini sewaktu Kak Yan bertemu dengan rakan-rakan akak, dia ada mengadu mengenai pandangan serong orang ramai apabila dia tampil memberitahu mengenai jumlah wang diperlukan bagi membolehkan dia mengubati penyakit dideritai.

Lebih pedih ada yang berkata, itulah padahnya apabila tidak beringat, dan sekarang apabila sudah susah terpaksa meminta-minta. Teruknya ada yang cakap, Kak Yan hanya berlakon dan dia sebenarnya banyak duit. Kata mereka lagi, sebagai pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni dan sering menerima bayaran tinggi takkan dia tidak mempunyai simpanan apabila musibah berlaku.

Orang, Kak Yan! Memang boleh cakap macam-macam. Kalau akaklah berada dalam kedudukkan Kak Yan dah lama akak langsang dia orang. Selama ini apabila kita tidak makan, orang dekat luar sana ada datang membantu. Mereka menghina lagi ada. Tapi apabila kita susah begini, macam-macam cerca yang diberikan.

Kepada mereka yang berkata begitu satu saja yang akak nak pesan, hari ini hari Kak Yan tapi esok lusa datang masa kena batang hidung sendiri baru tahu. Sekurang-kurangnya apabila Kak Yan susah begini ada orang nak tolong, mereka itu ada ke tempat untuk mengadu dan meminta bantuan?

Tuesday, August 14, 2007

PUTUS KAWAN

Apa sudah jadi dengan hubungan akrab dua sahabat karib akak, Erra Fazira dan Umie Aida? Dulu sewaktu baik mereka macam belangkas sampaikan ada orang kata mereka ini pasangan lesbian.

Entahlah! Masa dia orang tengah baik, akak makan hati juga sebab akak terus dipinggirkan. Kalau keluar pergi mana-mana pun dah tak ajak akak. Tapi akak dapat cerita dari teman-teman waktu itu sebenarnya Erra sedang hangat bercinta dengan Hans Isaac, dan dalam waktu sama dia taknak orang lain tahu dan Umielah yang menjadi penemannya.

Mereka tak nak akak tahu sebab takut nanti akak 'caras'. Maklumlah akakkan lebih cantik dari dia orang. Dalam waktu sama pulak akak lebih popular, mestilah dia orang takut. Takut nanti Hans jatuh cinta dengan akak pulak. Kengkawan ini perangai macam-macam. Kekadang depan kita baik tapi belakang cakap lain. Alah kalau setakat Hans Isaac akak tak kempunanlah sebab skandal akak lagi hebat.

Akak sendiri tidaklah kisah sangat bila Erra dan Umie berbaik sebab agak gembira tengok kengkawan akak ni sama-sama gembira dan berkongsi bahagia. Tapi sekarang ini lain pula ceritanya.

Terbaru selepas Erra putus cinta dengan Hans, dengar cerita Umie sudah tidak lagi berbaik dengan Erra. Adalah orang yang rapat dengan kedua sahabat karib akak ini bagi tahu kononnya Umie kecewa dengan sikap Erra yang membelakangkan dirinya apabila mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Engku Imran dan tinggalkan Hans begitu saja.

Akak memang tahu Umie dan Hans memang sudah bersahabat baik sejak dulu dan Umie juga katanya yang menemukan jodoh antara Erra dan Hans. Tapi sejauh mana pula kebenarannya tidak akak ketahui kerana masing-masing tak nak bercerita dengan akak.

Apapun pada akak orang tidaklah boleh terus-terusan marah dengan Erra kerana sebagai wanita dia berhak untuk memilih mana yang terbaik untuk dirinya. Buat Hans pula yang sudah tu biarlah ia berlalu. Hidup harus diteruskan. Cuma pesan akak pada Umie, sudah-sudahlah berkecil hati dengan Erra, tak kan perkara macam ini sanggup nak putus kawan. Nanti di kemudian hati kelak siapa yang rugi? Bukankah awak dan Erra dah ibarat kawan ketawa dan menangis?

Monday, August 13, 2007

DESIGNER CARUT NANA

Hendak kata bodoh tapi belajar tinggi. Bila sebut fasal fesyen kononnya dia tahu segala. Tapi bila buat baju macam hampas. Itulah yang akak malas nak kerja dengan pereka fesyen baru nak naik. Nama orang belum kenal tapi lagaknya macam hebat sangat, setaraf Rizalman atau Saiful Baharim.

Bila akak tegur rekaan dia orang tak cantik, kata mereka akak berlagak diva. Tapi hendak buat macam mana akak memang Diva. Akak memang cerewet sebab akak nak yang terbaik. Cuma kekadang akak kesian dengan pereka fesyen baru ni sebab mereka perlu orang macam akak untuk menaikkan nama mereka. Jadi bila dah diberi peluang buatlah betul-betul.

Vivien Westwood atau Alexander McQueen selalu tegur akak. Katanya jangan rosakkan imej semata-mata mahu tolong orang sebab akak taraf superstar. Akak akui kata mereka tetapi siapa lagi yang nak tolong orang Melayu kalau bukan anak Melayu sendiri.

Sebut pasal pereka fesyen muda yang berangan ni akak teringat akan keluhan Nana. Alah! Nana mana lagi kalau bukan penyampai radio Era tu dan sekarang sudah jadi pengacara dekat TV9 pulak. Baru-baru ini sewaktu dia datang jumpa akak Nana sempat mengadu perihal seorang pereka baru yang kononnya mengakui dirinya hebat dan baru balik dari London.

Nana tidak kenal pereka fesyen ni tetapi dia bekerja dengannya sebab menjayakan satu sesi fotografi yang diaturkan sebuah majalah berkonsep kewanitaan. Nana sendiri hairan manalah wartawan majalah ini dapat pereka muda ni. Kata Nana sepanjang sesi fotografi dijalankan dia rimas sangat sebab pereka muda ini asyik mengarah itu dan ini. Sampaikan jurusolek Nana pun dia berani tegur.

Itu belum lagi bila masuk dalam set fotografi, kata Nana baju yang direka sudahlah buruk dan kurang sesuai, sampaikan masa jurusolek Nana zipkan baju ia tercabut. Alih-alih dia carutkan Nana dan katanya badan Nana besar. Hello akak tahu saiz badan adik akak ya! paling besar dia pernah cecah pun saiz empat. Tidak pernah lebih daripada itu. Sah-Sah dada dan pinggang Nana saiz model. Tapi tidak cukup dengan itu apabila sesi fotografi dijalankan dia sibuk mengajar Nana macam mana nak posing. Macamlah budak tu baru sehari dua jadi artis. Bila ada pose yang dia tunjukkan, Nana kata kurang sesuai dengan baju dipakai. Alih-alih dia carut Nana lagi sambil menyindir dan bertanya: "Awak bukan model, kan?" Astafirullahalazim! Bisanya mulut.

Kak temah tu pun apa lagi berasap telinga sampaikan rasa tak ada mood nak ambik gambar. Wartawan yang menguruskan sesi fotografi itu pun jadi serba-salah dibuatnya sampaikan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Nana kata mujur dia dapat bersabar kerana hormatkan pihak majalah yang menjemputnya kalau tidak sudah lama dia carutkan balik pereka muda ni. Kata Nana lagi sudahlah badan sebesar tong, muka pulak kalau tengok 'bisa' pandangan mata. Kreativiti langsung tak ada tetapi berangan tak ingat dunia.

Bila bercerita dengan Nana hal pereka muda ini, kami teringat pulak dengan cerita kawan akak yang kononnya ada hati nak rampas takhta diva akak. Siapa lagi kalau bukan Ning Baizura yang sekarang ini tengah bahagia sangat-sangat sebab dapat tunang Mat Salleh. Agak-agak apa jadi hubungan dinginnya dengan Hatta Dolmat. Masih lagi dingin ke? Tapi ada kengkawan wartawan bercerita pada akak mereka dah kembali berdamai. Hatta katanya telefon sendiri Ning untuk minta maaf dan mengakui kesilapannya. Eh! Betul ke cerita ni Vernon Kedit?

Friday, August 10, 2007

BUTIK KASUT KE?

Arghhh! Akak benci, benci, benci! Kenapa Emporio Armani pilih Beyonce untuk kempen baru iklan dia? Dulu beria-ia Abang Georgio cakap nak bagi kontrak tu kat akak. Katanya akak lebih bergetah, lebih vogue dan lebih glam, tapi sekarang apa dah jadi? Armani pembohong. Great Liar.

Tak apelah sekurang kurangnya pereka fesyen tetap akak Vivien Westwood dan Alexander McQueen tetap setia dengan akak. Kalau ada couture baru mesti dia bagi akak pakai dulu untuk digayakan. Hello! Akak beri hasil lumayan dekat dia orang okey. Selepas gambar akak sarung baju koleksi terbaru dia orang terus orang berebut-rebut nak beli.

Bukan setakat itu saja, Datuk Jimmy Choo pun selalu buat kasut untuk akak. Kalau tak percaya tengoklah koleksi kasut akak kat sebelah tu. Boleh dikatakan separuh daripadanya direka khas Datuk Jimmy.

Ada kengkawan artis datang rumah akak terbeliak mata tengok koleksi kasut yang akak ada. Sorry ya! Kalau setakat kasut Vinci akak tak pakai. Kalau tersarung kat kaki alamatnya rasa gatal seminggu. Melepuh-lepuh kulit kaki. Kekadang tu kasut yang ada sampai tak terpakai. Sudahnya si Loretta dan Bibiana yang guna untuk melaram.

Bibiana kata kalau tak nak pakai jual aje sepasang dua kasut koleksi akak tu dekat dia. Paling tidak pun katanya alang-alang rak kasut dah macam butik Shuz kat KLCC, buat aje jualan murah. Nak lebih vogue, cabut tag jenama kasut Jimmy Choo atau Manolo Blahnik koleksi akak tu dan letak nama sendiri. Tapi jangan jual mahal-mahal nanti dia tak mampu beli.

Eh! Tolonglah idea tu busuk sangat. Gelilah akak. Takkan akak nak letak martabat akak serendah Jessica Simpson yang jual kasut harga USD$67.97. Harga lepas potongan pulak tu. Ayo! Tolonglah. Bibiana kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Beli je kasut dekat Princess, Jalan Tunku Abdul Rahman. Selain murah kasut saiz bapak gajah awak tu ada melambak kat sana. Pilih aje yang mana suka.

Bila akak cakap macam tu Bibiana terus melenting. Lebih penting dia berani carutkan muka akak. Katanya koleksi kasut melambak macam tu bukannya boleh bawa masuk kubur. Tapi masalahnya kasut-kasut tu dibuat khas untuk akak jadi sudah tentu akak sayang nak bagi orang. Betul tak? Akak memang jenis begitu, sangat menghargai usaha orang.

Hasil kerja seni tidak boleh dibanding dengan wang ringgit. Kalau akak bagi pun orang kita bukan pandai hargai. Contoh terbaik kawan akak kat seberang, Kris Dayanti. Dia ada hati nak lawan koleksi kasut akak. Tapi jenama kasut dia kebanyakannya Prada dan LV. Sayangnya dia tak pandai jaga. Lepas pakai terus campak dan ada antara koleksi kasutnya akak tengok tapak sampai dah haus. Habis macam mana tu? Akak tak nak Bibiana buat kasut akak macam tu. Sorry.

Thursday, August 9, 2007

BESAR LENGAN BUDAK

Baru je bagi tahu tentang berita akak mendapat tawaran berlakon dengan Matthew. Ramai peminat setia menasihatkan akak agar menerima tawaran tu. Kata mereka bukan senang hendak berlakon dengan aktor kacak seperti Matthew McConaughey, apatah lagi dengan produksi Hollywood yang bayarannya mencecah USD$20 juta.

Kalau ikutkan hati wanita akak yang naluri memang sukakan lelaki (ok akak dah bagi tahu sekarang bahawa akak sukakan lelaki dan bukan gilakan wanita sejenis. Pada abang butch, i'm sorry cintamu tidak laku di hatiku) memang dah lama akak terima. Apatah lagi bila baru-baru ni pembantu peribadi akak Loretta, tunjukkan gambar Matthew yang sedang menikmati burger dengan begitu enaknya. Ayo! Sekali pandang tak adalah hensem sangat si Matthew ni. Selekeh semacam je.

Tapi Loretta suruh akak tengok betul-betul. Akak tanya pada dia hendak tengok apa? Geram agaknya bila akak tak beri respon pada gambar ditunjukkan, Loretta terus fokuskan gambar di bahagian *tuut*!!!

Ya ampun! Seperti apa yang dikatakan jurusolek peribadi akak, Bibiana, "cukup meriah", macam lengan budak! Kata Bibiana kalau dapat sekali terasa sampai setahun.

Entahlah bebudak ni, benda setakat dalam gambar pun nak ghairah. Jijik dan hinalah dia orang ni. Akak orang timur mana boleh buang adat dan budaya. Hanya kerana nak kejarkan benda besar lengan sanggup gadai maruah dan berbogel dalam filem. Ish! Itu bukan akak tau. Kalau tak percaya cuba tanya Farid Kamil atau Fahrin Ahmad yang pernah berlakon dengan akak. Dia orang sampai kata akak sopan sangat macam Perempuan Melayu Terakhir. Nak berlakon bersentuh kulit pun akak bimbang apatah lagi nak tunjukkan buah dada akak yang gebu ni dekat si Matthew ni. Silap haribulan dia meroyan dan nak ikut akak balik Malaysia.

Bercakap fasal Fahrin Ahmad, akak teringat pulak dekat Linda Onn. Hai! Nampaknya pasangan dua sejoli ni semakin rapat. Tapi Akak hairanlah kenapa mereka berdua ni bila ditanya wartawan mengenai hubungan cinta mereka masing-masing cuba mengelak.

Kekadang bila jumpa kawan wartawan, akak sempat juga tanya mengenai kedudukan hubungan merpati dua sejoli ni. Tapi akak terkejut bila kata mereka bosan dengan sikap Linda atau Fahrin yang masih belum lagi mahu memberitahu umum terutama peminat setia yang mereka sedang bercinta apatah lagi merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Paling jauh pun Linda boleh cakap hubungannya dengan Fahrin ibarat 'teman tapi mesra'. Apa maknanya tu ya? Hai! Kalau setakat teman tapi mesra takkanlah Fahrin sanggup hantar jambangan bunga di konti radio Era bila berperang besar. Hanya pasangan bercinta je yang buat kerja macam tu.

Kalau hubungan setakat kawan tak mungkin Fahrin sanggup berkejar jauh malam jemput Linda di konti Era ataupun di restoran My Mum's Chicken Rice, walaupun badan masih lagi kepenatan selepas habis shooting filem atau drama.

Akak memang rapat dengan kedua-dua mereka ini tetapi bila bertemu mulut tidak pula terluah untuk bertanyakan kedudukan sebenar. Lagipun malaslah! Takut nanti mereka kata akak busy body. Akak tak naklah nanti orang kata akak kaki sibuk. Apa pun keadaan akak mesti maintain kelas dan jaga standard.

Apa-apa pun akak nak mengucapkan tahniah kepada Linda atas pembukaan cawangan restoran My Mum's Chicken Rice yang sudah pun memulakan operasi perniagaanya awal bulan ini. Maaflah akak tak dapat memenuhi jemputan Linda untuk menyaksikan perasmian restoran di seksyen 7, Shah Alam tu, sebab akak ada show di Istana Terengganu Ahad ni.